Description
100 tahun dahulu brand menjadi pilihan dan bersaing dengan berlumba-lumba untuk menghasilkan produk seefisyen mungkin dengan kos yang minima dengan adanya kilang. Begitulah brand seperti Ford, Coca-Cola dan Colgate menang dan menjadi pilihan utama kerana mereka cukup capaian (sales distribution) untuk menyokong permintaan market dengan harga yang kompetitif kerana brand ini mempunyai kilang! Apabila produk mampu berada di mana-mana, cukup dengan sogokan advertising untuk meningkatkan permintaan dan membuatkan brand kita menjadi pilihan utama.
Tetapi dunia berkembang pesat, semakin banyak kilang beroperasi termasuklah kilang OEM. Mempunyai kilang yang mampu menghasilkan produk dengan efisyen dan dengan harga yang kompetitif semata tidak cukup kuat untuk menjadi brand pilihan utama.
Bersaing melalui branding adalah game halus yang perlu dikuasai oleh setiap bisnes kerana persaingan antara bisnes akan sentiasa semakin sengit. Melalui cara apa lagi kita boleh bersaing melalui branding selain daripada logo dan nama brand yang stand out, packaging yang cantik dan moden? Kita boleh perkuatkan brand dengan meneliti brand personality.
Pembeli semakin hari semakin sofistikated. Mereka inginkan lebih connection dengan sesebuah brand. Tahu siapa founder, apa back story, adakah menjalankan bisnes secara beretika. Semua ini adalah game branding untuk membina persepsi yang positif dalam minda orang ramai tentang brand kita.
Meneliti karakter dan brand personality brand kita akan membantu membina persepsi orang ramai tentang brand kita. Cabaran membina brand hari ini ialah bagaimana kita memanusiakan brand kita. Supaya brand kita ada karakter yang disukai target market kita. Adakah target market kita sopan santun dan lemah lembut? Karakter brand kita mungkin lebih sesuai membawa karakter sopan santun dan lemah lembut juga. Adakah brand kita untuk orang yang ingin nampak cool dan up to date? Brand kita juga perlu membawa personaliti brand yang cool dan up to date. Adakah customer yang daring dan berani mengambil risiko yang kita cari? Karakter brand kita juga haruslah daring dan berani mengambil risiko juga.